KTM 250 Duke dan RC 250

gnesop 7/26/2015 0

Pengenalan varian terbaru menerusi KTM 250 Duke dan RC 250 adalah jentera paling ideal bagi majoriti penunggang motosikal di negara ini.

Ini kerana sekiranya mahu membeli motosikal itu, anda tidak perlu bersusah payah menukar atau meningkatkan kategori lesen dua roda yang perlu menjalani latihan serta ujian.

Kehadirannya turut melengkapkan lagi ‘keluarga’ motosikal KTM di negara ini yang melakukan pemasangan tempatan oleh Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd.

Bagaimanapun, ia masih mementingkan prinsip sama seperti model sebelum ini membabitkan jentera yang ringan, pengendalian lincah, keseronokan tunggangan, kompak, lebih ekonomi dan mampu dimiliki.

Kedua-dua model baru itu berkongsi rangkaian kuasa dengan menggunakan enjin empat lejang 249 cc silinder tunggal yang menyalurkan kuasa maksimum 31.3 hp dan tork setinggi 24 Nm.

Ia turut menggunakan sistem sejukan cecair dipadankan kotak gear enam kelajuan berserta klac ‘slipper’.

Enjin empat injap DOHC dipadankan dengan teknologi suntikan Bosch EFI, selain menggunakan sistem suspensi WP, rim aloi dengan tayar Pirelli dan kerangka badan yang ringan.

Ia juga menggunakan ‘fork’ terbalik WP-USD 43 milimeter (mm) di bahagian hadapan sekali gus sesuai untuk kegunaan ekstrem dan berprestasi.

Fungsi itu disokong dengan sistem penyerap hentak WP pada bahagian belakang bagi memperkemas tahap pengendalian keseluruhan.

Reka bentuknya masih sama seperti Duke dan RC yang sedia ada sebelum ini mengutamakan gaya tunggangan ergonomik.

Ia dilengkapi sistem brek angkup empat omboh dengan cakera Bybre 300mm pada bahagian hadapan, manakala angkup omboh tunggal dengan cakera 230mm.

Malah, brek menggunakan sistem ABS Bosch dua saluran yang didatangkan sebagai ciri standard.

Ketua Pegawai Kewangan Eurotech Wheel Distribution, Yeoh Teik Poh yakin keistimewaan jenama KTM mampu bersaing biarpun berdepan pasaran mencabar serta kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, kehadiran dua varian terbaru iaitu KTM 250 Duke dan RC 250 menjadi pemangkin dalam mencapai sasaran ditetapkan.

“Bagi model KTM Duke, ia mampu dijual antara 200 sehingga 300 unit sebulan manakala 150 sehingga 200 unit bagi KTM RC.

“Kami masih menawarkan model KTM 200 Duke dan KTM RC 250 untuk pasaran tempatan,” katanya.

Motosikal ini dijual pada harga jualan tidak termasuk GST iaitu RM17,888 untuk KTM 250 Duke manakala RM18,888 bagi KTM RC 250.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/66171?m=1#sthash.GCNXWFrm.dpuf
dpuf

Program Wakaf Sahur Gelandangan Ramadhan 1436H

gnesop 6/26/2015 0

Pada 26 Jun 2015/ 10 Ramadhan 1436, telah berlangsung Program Wakaf Sahur Gelandangan Ramadhan 1436H EduRiders@KL dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur & Selangor.


Ahli EduRiders@KL telah berkumpul pada jam 12.00 malam di Restoran Ayza Batu Cave sebelum bertolak ke Kelab Golf PDRM Titiwangsa untuk aktiviti seterusnya.


Di Kelab Golf PDRM Titiwangsa, ahli EduRiders@KL yang menyertai program ini telah diberi taklimat ringkas mengenai program oleh En. Rashdan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur & Selangor. Kemudian, penyampaian sumbangan oleh En. Azizi, Pengerusi EduRiders@KL kepada En. Rashdan. Jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul oleh EduRiders@KL ialah berjumlah RM7,777.77.


Selesai majlis ringkas, semua peserta program mula membuat bungkusan sahur dan kemudian bergerak ke Pusat Bandar untuk pengagihan kepada geladangan. Beberapa tempat telah dikenalpasti untuk diagihkan iaitu kawasan Jalan Melaka dan kawasan sekitar Pudu.

Aktiviti pengagihan selesai pada jam 3.30 pagi.

EduRiders@KL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua members, alliance, supporter dan individu perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Galeri gambar:








EduRiders@KL CRITICAL REGROUP RIDE

gnesop 3/27/2015 0

 
As Salam;
Kita selalu ride sama2... Sedar atau tidak... Kita dah terlalu lama retreat kan? Sebab itu... Penting nie nak bgtau... It's time to us to REGROUP! So... Dijemput sume registered member, alliance member & supporter member utk join...

EduRiders@KL CRITICAL REGROUP RIDE aka ride nak perabih dana club...
(Jangkaan jarak perjalanan 600 km)

Tarikh: 30 & 31 Mei 2015
Sabtu & Ahad
Route: Kuala Lumpur- Terengganu-Kuala Lumpur via LPT Fasa 2

Cadangan lokasi penginapan:
1. TH Hotel & Convention Center
2. Primula Beach Resort
3. Lake Kenyir Resort

Jangkaan Perbelanjaan
1) Twin Sharing Room RM110 seorang
2) Event Tshirt RM30 seorang
3) Refreshment RM20 seorang
4) Group dinner RM40 seorang

So; Jangkaan perbelanjaan RM200 seorang tidak termasuk makan minum & minyak motosikal sendiri.

Lebihan perbelanjaan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam tabung EduRiders@KL.

Sila hubungi saya bagi membuat pengesahan penyertaan.

Kaedah pengesahan penyertaan: (Pembayaran awal tidak dikembalikan jika tidak dapat ikut serta)
1) Pembayaran awal RM100 pada atau sblm 29 Mac 2015 (Keutamaan untuk tempahan penginapan)
2) Baki pembayaran RM100 pada atau sblm 23 April 2015

RV Point:
SHELL Gombak@ MRR2 (before entering Lebuhraya KL-Karak)
RV Time:
7am; Insyaallah... Sarapan akan disediakan
Tayar Golek:
8am; Sape lambat... Tinggal! Kikiki

Dress code:
Day 1: REGROUP tshirt
Nite 1: Mane2 EduRiders@KL tshirt
Day 2: Class of 2013 tshirt
tshirt

Hari Pendidikan Khas SK Taman Maluri 2015

gnesop 3/12/2015 0

Pada Rabu lepas, telah berlangsung Hari Pendidikan Khas SK di SK Taman Maluri. Pihak EduRiders@KL telah dijemput untuk memeriahkan Hari Pendidikan Khas tersebut bersama dua lagi kelab permotoran iaitu VIKING dan Marl Coopers.

Semua bikers telah berkumpul di tempat RV yang dicadangkan iaitu Petronas TESCO Ampang bermula jam 7.30 pagi. Pada jam 8.30 pagi, bikers mula bergerak ke SK Taman Maluri. Kami telah dijamu dengan sarapan pagi oleh pihak sekolah.


Selepas taklimat ringkas dan ucapan oleh Guru Besar SK Taman Maluri, aktiviti menunggang bersama murid dimulakan. Setelah berbincang laluan yang akan digunakan, bikers mula membawa murid bersama majlis pelepasan menggunakan bendera oleh Guru Besar dan YDP PIBG SK Taman Maluri.


Aktiviti menunggang selesai setelah seua murid telah dibawa menaiki motosikal melalui kawasan yang disediakan.


Pada jam 11.30 pagi, Majlis Penutup Hari Pendidikan Khas SK Taman Maluri 2015 telah diadakan di dewan terbuka sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar, Wakil EduRiders@KL dan Ketua Unit Pendidikan Khas sebagai perasmi program ini.

Terima kasih kepada semua ahli EduRiders@KL yang bersama-sama menjayakan program ini.

Galeri gambar:











Majlis Penghargaan EduRiders@KL

gnesop 8/23/2014 0

Pada 23 Ogos 2014, telah berlangsung Majlis Penghargaan dan Sambutan Ulang Tahun EduRiders@KL di Hotel Royel, Kuala Lumpur. Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam dengan ketibaan tetamu dan tetamu kehormat telah hadir pada jam 8.30 malam.

Majlis ini telah dihadiri oleh Mantan Pengarah JPWPKL, Pengarah JPWPKL, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai JPWPKL, ahli-ahli kelab permotoran dan ahli EduRiders@KL.

Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada ahli EduRiders@KL yang banyak memberi sumbangan dan aktif dalam kelab serta penaja-penaja yang selama ini menyokong EduRiders@KL.

Semoga EduRiders@KL akan terus aktif dan dapat menyumbang sesuatu kepada dunia pendidikan serta permotoran.

Galeri gambar: