Jemputan Northern Tour Ride EduRiders@KL

12/24/2013 0
Jemputan Northern Tour Ride EduRiders@KL

Program Kembara Bermotosikal EduRiders@KL JPWPKL
(Jangkaan jarak perjalanan 1400km)

Tarikh: 17-19 Januari 2014
Route: Kuala Lumpur- Cameron Highlands- Ipoh- Pengkalan Hulu- Baling- Penang- Kuala Kedah- Kuala Perlis- Sintok- Alor Setar- Taiping- Manjung- Kuala Selangor- Kuala Lumpur

Cadangan Lokasi Bermalam:
17 Januari 2014:
Hard Rock Hotel Batu Feringgi, Penang
18 Januari 2014:
Perlis or Kedah

Jangkaan Perbelanjaan
Twin Sharing Room for 2 nite
(RM250 per participant)
RM20 per participant for 1 Group Lunch & 1 Group Dinner
Event Tshirt
(RM30 per participant)
So; Jangkaan perbelanjaan RM300 seorang tidak termasuk
1. minyak moto sendiri
2. makan minum selain drpd 1 lunch & 1 dinner group.

Lebihan perbelanjaan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam tabung EduRiders@KL.

Sila PM slip pembayaran bg pengesahan penyertaan. Tarikh akhir pengesahan adalah pada atau sebelum 6 Januari 2014

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL

12/24/2013 0
Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah berlangsung pada 17 - 19 Disember 2013 dengan disertai oleh 17 buah motosikal pelbagai jenis dengan penyertaan 20 orang. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ini telah diceriakan dengan ucapan selamat jalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas semua peserta telah berkumpul di warung stadium hoki.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Hentian Simpang Pulai

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah melalui laluan Kuala Lumpur- Ipoh- Gerik-Jeli- Tumpat- Kuala Terengganu-Kuantan- Temerloh- Kuala Lumpur.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Di Tasek Raban

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan berjalanan lancar. Beberapa destinasi ahli kembara telah berhenti untuk mengisi minyak, minum dan makan serta solat iaitu Hentian Simpang Pulai, Tasek Raban, Tasik Banding dan Bukit Titiwangsa.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Holiday Villa Kota Bharu
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL tiba dilokasi penginapan iaitu Holiday Villa Kota Bharu pada jam 6.00 petang.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
EduRiders@KL dan Kelantan Teacher Bikers
Pada sebelah malam, aktiviti Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan Perkongsian Amalan Terbaik EduRiders@KL dengan Pasir Mas Bikers/Kelantan Teachers Bikers di PPD Pasir Mas. Aktiviti ini merupakan dialog antara kelab permotoran untuk berkongsi infomasi dan maklumat untuk dijadikan rujukan dan amalan bersama selain mengeratkan hubungan antara penunggang.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Warung Nasi Kerabu Golok

Sebelum balik ke hotel, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah di kedai nasi kerabu untuk makan tengah malam.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Minum pag di Warung Kita
Aktiviti hari kedua Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum bertolak, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah untuk minum pagi di Warung Kita yang popular di Kota Bharu. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL berhenti di kedai motosikal apabila terdapat 2 buah motosikal peserta Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah pancit.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Singgah makan ikan celup tepung
Selesai semua urusan, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan ke Kuala Terengganu. Cuaca hujan sepanjang jalan dari Kota Bharu hingga Kuala Terengganu. Di Pantai Merang, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah berhenti untuk makan tengah hari dan ikan celup tepung sebelum meneruskan perjalanan ke Ri-Yaz Heritage Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyung. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL tiba dipenginapan ini pada jam 4.30 petang.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Majlis di Wisma Darul Iman
Pada sebelah malam, aktiviti Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan menyertai Majlis Penutup Kejohanan Kebangsaan MSKPP yang diadakan di Wisma Darul Iman. Selesai majlis tersebut, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ke Marang pula untuk menikmati lempeng dan air kelapa ais krim yang cukup popular di situ.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Sebelum berangkat pulang
Pada hari ketiga, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mendaftar keluar hotel pada jam 12.00 tengah hari. Sebelum berangkat, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL singgah terlebih dahulu di Pasar Payang untuk membeli buah tangan.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Singgah makan jagung dan air tuak
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah makan tengah hari di Kuala Ibai dan seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL juga telah berhenti di Mercang untuk menikmati jagung serta air tuak dan kemudian singgah solat di Masjid Geliga, Kemaman. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL juga telah berhenti di gerai keropok sempadan Kemaman Kuantan.

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL seterusnya berhenti makan malam di Hentian Temerloh pada jam 9.00 malam.

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah tamat di Tol Gombak pada jam 12.00 malam. Semua perjalanan kembara berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada semua peserta Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL kerana telah berjaya mengharugi jelajah. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ini secara langsung dan tidak langsung.

Galeri gambar, sila layari http://www.flickr.com/photos/gnesop/tags/eduriderskl/

Jualan Amal Bencana Banjir EduRiders@KL, JPWPKL

12/09/2013 0

Jualan Amal Bencana Banjir EduRiders@KL, JPWPKL untuk membantu mangsa bencana banjir akan diadakan di lokasi berikut:

Original Branded Shop
No. 38, Jalan Tasik Utama 5,
Medan Niaga Tasik Damai, 
Sungai Besi, Kuala Lumpur

Waktu jualan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

Terdapat pelbagai jenis baju berjenama original yang dijual dengan harga RM10 untuk 6 helai. Semua hasil jualan akan disumbangkan kepada mangsa banjir berkenaan.

Ahli EduRiders@KL dan semua dijemput untuk menjayakan jualan amal ini. Sokongan semua amat diharapkan.

Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

12/09/2013 0
Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

EduRiders@KL mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ahli EduRiders@KL yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan beliau.

Majlis Perkhawinan Muz telah diadakan pada 1 Disember 2013 di kediaman pengantin perempuan dan di sebelah lelaki pada 8 Disember 2013.

Semoga Perkahwinan Muz dan Pasangan akan kekal bahagia hingga ke akhirnya. Amin

Galeri gambar:

Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

Selamat Pengantin Baru Ahli EduRiders@KL - Muz dan Pasangan

EduRiders@KL sertai Melayan 1000 Konar Malaya Elite 111.1

12/08/2013 0

Tahniah kepada ahli EduRiders@KL yang telah menyertai acara Melayan 1000 Konar Malaya Elite 111.1 anjuran Malaysia Riders.Melayan 1000 Konar Malaya Elite 111.1 telah diadakan pada 8 Disember 2013 di Litar Elite, Subang, Selangor. Acara telah bermula pada jam 9.00 pagi.

Ahli EduRiders@KL yang menyertai Melayan 1000 Konar Malaya Elite 111.1 adalah seperti berikut:

Team A
First Rider: Hafiz Ridhuan Md Daud
Second Rider: Shm Mamat
Third Rider: Adnin Tan

Team B
First Rider: Bikerz Fbi
Second Rider: Azizi Aisy
Third Rider: Izz Che Izham

Kategori Melayan 1000 Konar Malaya Elite 111.1 dibahagiakan seperti berikut:

  • ELITE 111.1 CHALLENGE (SUPERBIKE/SOPORBIKE)
  • NAZA BLADE 111.1 CHALLENGE
  • KAWASAKI KIPS 111.1 CHALLENGE
  • CUB 111.1 CHALLENGE

Eastern Tour Ride

11/20/2013 2
Eastern Tour Ride

Program Kembara Bermotosikal EduRiders@KL MSKPPWPKL
(Jangkaan jarak perjalanan 1217km)
Tarikh: 17-19 Dis 2013 (Selasa-Khamis)
Route:  Kuala Lumpur- Ipoh- Gerik-Jeli- Tumpat- Kuala Terengganu-Kuantan- Temerloh- Kuala Lumpur

Cadangan Lokasi Bermalam:
17 Disember: Tumpat/Kota Bharu
18 Disember: Kuala Terengganu

Jangkaan Perbelanjaan
Twin Sharing Room for 2 nite
(RM150 per participant)
1 Group Lunch di Medan Ikan Bakar Tasik Raban &
1 Group Dinner di Kuala Terengganu
(RM70 per participant)
Event Tshirt
(RM30 per participant)
So; Jangkaan perbelanjaan RM250 seorang tidak termasuk
1. minyak moto sendiri
2. makan minum selain drpd 1 lunch & 1 dinner group.

Lebihan perbelanjaan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam tabung EduRiders@KL.

Sila PM slip pembayaran bg pengesahan penyertaan. Tarikh akhir pengesahan adalah pada atau sebelum 25 November 2013.

Note:
Prepare for wet ride!
Sila senarai kan nama anda dengan kadar segera bagi memudahkan urusan kertas kerja... Sponsorship... dan macam2 lagi ler... Elakkan ler last minute confirmation...

Selamat Datang ke blog EduRiders@KL

11/14/2013 2
Selamat datang kepada semua yang mengunjungi blog EduRiders@KL.

Ini adalah entry pertama sebagai pembuka tirai kepada blog EduRiders@KL. Teruskan singgah kerana setiap update dan maklumat terkini akan dimasukkan secara berperingkat.

Tinggalkan komen untuk cadangan dan maklumbalas untuk penambahbaikan.

Sekian, terima kasih

Southern Tour Ride 2013

11/02/2013 0
Program Kembara Bermotosikal EduRiders@KL Siri2
(Jangkaan jarak perjalanan 925km)

Tarikh: 2&3 November 2013 (Sabtu&Ahad)
Route: Kuala Lumpur- Pekan- Kuala Rompin- Mersing-Tanjung Piai- Melaka- Kuala Lumpur

Lokasi Bermalam: Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor Darul Takzim.

Galeri gambar:

Latar Belakang

Latar Belakang

10/01/2013 0

EduRiders@KL bermula daripada kumpulan pegawai JPWPKL yang menjadikan menunggang motorsikal berkuasa tinggi sebagai hobi. Beberapa siri perjumpaan untuk menambah bilangan ahli diadakan bermula dengan PreTTS di Restoran NZ KLCC dan First Official Ride & TTS di Restoran Jejantas Sungai Buluh.

Pada 25 Jun 2013, melalui Mesyuarat Agung Tahun 2012/2013, EduRiders@KL telah dipersetujui untuk bernaung sebagai sukan ke-12 dalam Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSKPPWPKL).

Majlis Pelancaran EduRiders@KL, MSKPPWPKL

8/24/2013 0
Majlis Pelancaran EduRiders@KL, MSKPPWPKL telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 Ogos 2013
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWPKL

Majlis in telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.