Weekend Ride - 10 April 2016

gnesop 4/15/2016

Pada 10 April 2016 (Ahad) yang lepas, telah berlangsung Weekend Ride EduRiders@KL yang disertai oleh 14 orang ahli. Ahli telah berkumpul bermula jam 8.00 pagi di Petronas Tol Gombak seperti yang telah di janjikan.

Pada jam 9.00 pagi, ride bermula ke Gohtong, Genting Highland setelah semua ahli tiba melalui lebuhraya. TTS berlangsung di kedai mamak Gohtong. Setelah hampir sejam borak sambil minum, kami mula bergerak pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan lama iaitu melalui Jalan Ulu Yam.

Laluan ride kali ini dipenuhi dengan selekoh dan sangat bagus untuk rider memahirkan diri teknik tunggangan. Perjalananan ride berjalan lancar dari awal sehingga akhir ride. Terima kasih kepada semua ahli EduRiders@KL yang menyertai Weekend Ride - 10 April 2016 ini.







Artikel Terkait

Latest
Previous
Next Post »