Kembara Tenggara EduRiders@KL

gnesop 2/24/2014 0
Kembara Tenggara EduRiders@KL

Pada 15 - 16 Februari 2014 telah berlangsung Kembara Tenggara EduRiders@KL. Lokasi kembara ini ialah ke Desaru, Johor.

Seramai 14 ahli EduRiders@KL telah bersama-sama menjayakan Kembara Tenggara EduRiders@KL ini. Peserta Kembara Tenggara EduRiders@KL telah menginap di Lutos Desaru Beach Resort.

Perjalanan Kembara Tenggara EduRiders@KL berjalan lancar kecuali terdapat dua buah motosikal yang mengalami sedikit masalah tetapi semua terkawal.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengharungi Kembara Tenggara EduRiders@KL ini.

Ucapan terima kasih kepada semua members & supporter members drpd Selangor yg terlibat. Tidak dilupakan juga kepada group supporters dan sponsors yg sentiasa menyokong EduRiders@KL.

Galeri gambar:

Kembara Tenggara EduRiders@KL

Kembara Tenggara EduRiders@KL

Kembara Tenggara EduRiders@KL

Kembara Tenggara EduRiders@KL

Kembara Tenggara EduRiders@KL

Kembara Tenggara EduRiders@KL

Eduriders@KL di Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

gnesop 2/24/2014 0
Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM
RV di Shell Tol Sungai Besi
Pada Sabtu lepas, EduRiders@KL telah menyertai Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berlangsung di Bukit Ekspo, UPM. Kehadiran EduRiders@KL diharapkan dapat memeriahkan Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan, UPM tersebut.

Seramai 20 orang ahli EduRiders@KL telah menyertai Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM. Ahli EduRiders@KL juga berpeluang menyertai aktiviti yang dijalankan seperti berkayak, flying fox dan tarik tali. EduRiders@KL telah menjaya mendapat tempat kedua dalam acara tarik tali tersebut.

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM


Terima kasih kepada pihak UPM yang sudi menjemput EduRiders@KL untuk meriahkan Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM. Walaupun kehadiran EduRiders@KL untuk memeriahkan program tetapi layanan diberikan cukup baik.

Terima kasih juga kepada ahli EduRiders@KL dan ahli supporter dari Putrajaya yang turut menyertai program ini.

Galeri gambar:

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

Family Fun Day Kelab Sukan Dan Sosial Falkuti Kejuruteraan UPM

Jemputan Program Kembara Kapchai Sarawak

gnesop 2/21/2014 0
Jemputan Program Kembara Kapchai Sarawak

Sarawak Kapchai Tour Ride EduRiders@KL JPWPKL
(Jangkaan jarak perjalanan 1600km)

Tarikh: 15-19 September 2014
Route: Kuching- Sibu- Bintulu- Miri- Kuching

Jangkaan Perbelanjaan
1) Tiket penerbangan RM300 seorang
2) Twin Sharing Room RM400 seorang
(RM100 per participant x 4 nite)
3) Sewaan Kapchai RM200 seorang
4) Event Tshirt
(RM30 per participant)
5) Minyak kapchai RM170

So; Jangkaan perbelanjaan RM1100 seorang tidak termasuk makan minum sendiri.

Lebihan perbelanjaan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam tabung EduRiders@KL.

Sila hubungi Encik Azizi bagi membuat pengesahan penyertaan. Jumlah peserta dihadkan kepada 10 orang sahaja.

Kaedah pengesahan pembayaran:
RM200 pada 28 Mac (Tidak dikembalikan)
RM180 pada 28 April (Tidak dikembalikan)
RM180 pada 28 Mei (Tidak dikembalikan)
RM180 pada 27 Jun
RM180 pada 21 Julai
RM180 pada 25 Ogos

Takwin Aktiviti EduRiders@KL Tahun 2014

gnesop 2/12/2014 0
Takwin Aktiviti EduRiders@KL Tahun 2014

Berikut merupakan perancangan aktiviti EduRiders@KL bagi tahun 2014:

Aktiviti/ Program
Tarikh Pelaksanaan
Lokasi
Nota
1
Program Family Fun Day Kelab Sukan & Sosial Fakulti Kejuruteraan UPM
22 Februari 2014
UPM Serdang

2
Charity Ride ke Maahad Tahfiz
16 Mac 2014
Janda Baik, Pahang.
Program Bersama Group 77 Bikers
3
Defensive Riding Course
26-27 April 2014


4
Perkhemahan Keselamatan Jalan Raya
28-30 Mei 2014

Pelajar Sekolah Menengah Terpilih
5
9 Jun 2014
Sepang International Circuit

6
Majlis Berbuka Puasa EduRiders@KL
13 Julai 2014
Borak-Borak Café Kota Damansara

7
Majlis Jamuan & Penyampaian Penghargaan Tahunan EduRiders@KL
24 Ogos 2014


8
Konvoi EduRiders@KL ke Luar Negara
15-19 September 2014
Thailand & Myanmar

9
Jamuan Aidiladha Bersama Anak Yatim
12 Oktober 2014
Borak-Borak Café Kota Damansara

10
Program Amal di Rumah Titian Kasih Titiwangsa
23-Nov-14
Rumah Titian Kasih Titiwangsa, Kuala Lumpur

11
13-14 Disember 2014
Taman Tasik Titiwangsa