Majlis Penghargaan EduRiders@KL

gnesop 8/23/2014 0

Pada 23 Ogos 2014, telah berlangsung Majlis Penghargaan dan Sambutan Ulang Tahun EduRiders@KL di Hotel Royel, Kuala Lumpur. Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam dengan ketibaan tetamu dan tetamu kehormat telah hadir pada jam 8.30 malam.

Majlis ini telah dihadiri oleh Mantan Pengarah JPWPKL, Pengarah JPWPKL, Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai JPWPKL, ahli-ahli kelab permotoran dan ahli EduRiders@KL.

Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada ahli EduRiders@KL yang banyak memberi sumbangan dan aktif dalam kelab serta penaja-penaja yang selama ini menyokong EduRiders@KL.

Semoga EduRiders@KL akan terus aktif dan dapat menyumbang sesuatu kepada dunia pendidikan serta permotoran.

Galeri gambar:









Majlis Berbuka Puasa

gnesop 7/15/2014 0
Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati telah berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 15 Julai 2014 (Selasa)
Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Rasmi Jaya, Ampang.

Kadar:
> RM25 dewasa, RM10 kanak2
(Kadar dikekalkan bagi menampung kos merangkumi penghuni Nur Hati)
> Sumbangan kewangan ke Rumah Nur Hati boleh dibuat secara berasingan

Agenda:
1800-1830: Kehadiran
1830-1930: Penyampaian Sumbangan Ramadhan
1930-2030: Berbuka, Solat Maghrib, 2030-1030: Solat Isyak, Solat Terawih, Sembang2 pasal club...

Terima kasih kepada semua members, alliance members, supporter members dan group supporter spt Brilliant Enigma Trading, DY Creative, Madetill Event Management Sdn Bhd, S4M Motorsports dan The Maths Clinic atas sumbangan dan tajaan yang diberikan...
Tidak lupa juga kpd warga JPWPKL...

Happy Birthday Nurul, Kimi, Saiful, Izz, Shukri & Ciman...

Terima kasih kpd sume penaja dan pemberi sumbangan kewangan & barangan utk program ini...

Untuk makluman...
Sejumlah RM 2408 telah diserahkan kpd Rumah Nurhati dlm bentuk wang tunai sebagai sumbangan Ramadhan...
Lebihan perbelanjaan akan dimasukkan ke dalam dana club...

Hanya Allah SWT yg dapat membalas budi baik kalian...
Sebarang kekurangan mohon ampun dan maaf...

Tuan Puan bole menghubungi Encik Azizi (Pengerusi EduRiders@KL) bagi memberikan sebarang cadangan dan komen bagi menambahbaik EduRiders@KL.

Sekian, terima kasih.
Ride, Retreat, Regroup!!!

Galeri gambar:

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Official July EduRiders@KL TTS & Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Kebajikan Nur Hati

Short Ride Before Ramadhan

gnesop 7/04/2014 0


Assalam...
Short Ride Before Ramadhan telah diadakan untuk santai-santai sambil minum-minum pada 28 Jun 2014 menuju ke Genting Higland. Ahli yang menyertai Short Ride Before Ramadhan ini telah berkumpul di PETRON Jalan Kuching pada jam 1.30 hingga 2.00 petang. Tayar golek bermula pada jam 2.00 petang.

Tahniah kepada semua yang menyertai Short Ride Before Ramadhan ini.

Galeri gambar:









TTS Jun dan Pra Ulang Tahun

gnesop 7/04/2014 0
Selamat sejahtera


Pada 16 Jun 2014 telah berlangsung TTS Jun dan Pra Ulang Tahun EduRiders@KL di Surau Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan semoga setiap pertemuan akan mengeratkan lagi hubungan antara ahli.

Galeri gambar:














EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride

gnesop 5/03/2014 0
Selamat sejahtera,


EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang cukup memuaskan. Dengan keadaan penunggangan yang berbeza tetapi matlamat masih sama iaitu untuk sampai ke destinasi. Tahniah kepada semua yang berjaya menyertai EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride ini.

Jarak perjalanan 150km pergi balik
Tarikh: 3 Mei 2014 (Sabtu)
Destinasi: Hutan Lipur Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
Masa RV: 7:30-8:00 pagi
Lokasi RV:
McDonald's Shell Jalan Cheras

Galeri gambar:








Jemputan Kapchai Tour Pre-Ride

gnesop 4/22/2014 0

Adalah dimaklumkan bahawa EduRiders@KL akan mengadakan Kapchai Tour Pre-Ride seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 3 Mei 2014 (Sabtu)

Destinasi: Hutan Lipur Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.

Masa RV: 7:30-8:00 pagi

Lokasi RV:
McDonald's Shell Jalan Cheras

Atur cara:
0800-0830: Kutipan sumbangan
0830-0930: Ride pergi
0930-1130: Lepak, makan, sembang
1130-1200: Packing up
1200-1300: Ride balik

(Jangkaan jarak perjalanan 150km pergi balik)

Semua yang terlibat dengan EduRiders@KL memiliki kapchai adalah dijemput untuk menyertai ride ini.

Dicadangkan kutipan sumbangan RM10 untuk pembelian jajan. Lebihan perbelanjaan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam tabung EduRiders@KL.

Yang berminat untuk turut serta sila listkan nama didalam Group FB EduRiders@KL

TTS Bulan Mei EduRiders@KL

gnesop 4/22/2014 0

Adalah dimaklumkan bahawa EduRiders@KL akan mengadakan TTS Bulan Mei seperti maklumat berikut:

Tarikh: 2 Mei 2014 (Jumaat)

Tempat:
Hayaki Kopitiam (Setapak)
87-G Platinum Walk
No. 2, Jalan Langkawi
53300 Kuala Lumpur
+60341422477
(Coordinates: E101° 43' 7" N3° 12' 27")

Masa: 9:00 malam
Pakaian: Sebarang TShirt EduRiders@KL (Bagi yang ada)

Semua ahli, alliance members & supporter members dijemput untuk menyertai TTS ini.

Antara objektif TTS ini adalah seperti berikut:

  • Ambil kesempatan hantar borang keahlian...
  • Ambil kesempatan eratkan silaturrahim...
  • Ambil kesempatan tambah dana EduRiders@ KL
Bagi yang kelapangan, jangan segan atau malu untuk sertai TTS ini. Sila kemaskini kehadiran anda melalui Group FB EduRiders@KL.

Sekian, terima kasih.