Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Weekend Ride - 11 Oktober 2015

gnesop 10/15/2015 2

Pada Ahad lepas, EduRiders@KL telah menjalankan Weekend Ride ke Putrajaya. Objektif utama ride ini ialah untuk berkumpul dan ride bersama ahli yang kelapangan. Tujuan ride ke Putrajaya ialah untuk mengadakan sesi photoshoot ahli EduRiders@KL.

Weekend Ride telah disertai oleh 9 orang ahli. RV Point telah bermula pada jam 8.30 pagi di Stesyen Minyak Petronas Jalan Kuching dan perjalanan bermula pada jam 9.00 pagi.

Kami telah singgah untuk photoshoot beberapa tempat sebelum ke Taman Warisan untuk minum pagi.

Terima kasih kepada semua yang sertai Weekend Ride ini. Semua yang photoshoot pada hari tersebut semua sporting!

Galeri gambar:















Weekend Ride - 4 Oktober 2015

gnesop 10/04/2015 2

Pada 4 Oktober 2015, Weekdend Ride EduRiders@KL telah disertai oleh 7 orang ahli. RV di tetapkan ialah di Stesyen Minyak Petron Jalan Kucing bermula pada jam 8.30 dan tayar golek bermula jam 9.00 pagi.

Ride telah melalui jalan Ulu Yam dan menuju ke Tanjung Malim. Destinasi yang dituju ialah Restoran Pau yang terkenal di Tanjung Malim.

Perjalanan lancar walaupun cuaca berjerebu sedikit. Malah kelihatan ramai juga bikers lain yang turut ride pada hari tersebut. Sampai di restoran, masing-masing membuat pesanan makanan. Selesai borak-borak, ride pulang melalui lebuhraya bermula jam 11.15 pagi.

Terima kasih kepada semua yang menyertai Weekend Ride ini.

Galeri gambar:






Hari KOKO SMK Sinar Bintang

gnesop 9/08/2015 0
Hari ini, EduRiders@KL telah menyertai Hari KOKO SMK Sinar Bintang atas jemputan pihak sekolah. EduRiders@KL diminta untuk mengadakan pemeran permotoran dan sesi menunggang bersama murid Pendidikan Khas Integrasi SMK Sinar Bintang.

Seramai 24 ahli telah menyertai aktiviti ini yang bermula dengan berkumpul di JPWPKL pada jam 8.00 pagi dan bertolak ke SMK Sinar Bintang pada jam 9.00 pagi.


Dalam majlis ini, EduRiders@KL telah menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan PdP Pendidikan Khas berjumlah RM3,680.00 hasil sumbangan terkumpul. Sumbangan telah diserahkan kepada Pengetua SMK Sinar Bintang dalam majlis ringkas tersebut.


Acara diteruskan dengan membawa murid PPKI SMK Sinar Bintang menaiki motosikal mengelilingi sekolah. Tergambar kegembiraan murid PPKI yang berpeluang merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan prgram ini.

Galeri gambar:








Weekend Ride - 23 Ogos 2015

gnesop 8/23/2015 0

Pada hari Ahad 23 Ogos 2015, Eduriders@KL telah melaksanakan Weekend Ride iaitu ke Leman Toki, Bentong, Pahang. Weekend Ride EduRiders@KL ini telah dilaksanakan selepas Aidilfitri lepas. Weekend Ride merupakan program ride singkat untuk melepaskan gian untuk ride.

Ahli yang menyertai Weekend Ride telah berkumpul di Stesyen Minyak BHP Tol Gombak bermula jam 8.00 pagi. Tayar golek bermula pada jam 9.00 pagi menuju ke Lemang Toki 2. Weekend Ride kali ini disertai group Geng Bikers Kite-Kite.


Perjalanan lancar dengan cuaca yang baik. Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 9.30 pagi. Menikmati lemang Toki bersama rakan-rakan sangat menyeronokkan disamping melihat bikers-bikers yang tiba dengan pelbagai jenis model.


Selepas makan dan borak-borak, kami semua berangkat pulang. Hentian terakhir sebelum masing-masing kembali ke rumah ialah Plaza Tol Gombak. Weekend Ride kali ini selesai pada jam 11.00 pagi.

Ride yang ringkas tetapi cukup untuk melepaskan gian untuk ride :)

Galeri gambar:








Program Wakaf Sahur Gelandangan Ramadhan 1436H

gnesop 6/26/2015 0

Pada 26 Jun 2015/ 10 Ramadhan 1436, telah berlangsung Program Wakaf Sahur Gelandangan Ramadhan 1436H EduRiders@KL dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur & Selangor.


Ahli EduRiders@KL telah berkumpul pada jam 12.00 malam di Restoran Ayza Batu Cave sebelum bertolak ke Kelab Golf PDRM Titiwangsa untuk aktiviti seterusnya.


Di Kelab Golf PDRM Titiwangsa, ahli EduRiders@KL yang menyertai program ini telah diberi taklimat ringkas mengenai program oleh En. Rashdan, Pengerusi Persatuan Kebajikan Golongan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur & Selangor. Kemudian, penyampaian sumbangan oleh En. Azizi, Pengerusi EduRiders@KL kepada En. Rashdan. Jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul oleh EduRiders@KL ialah berjumlah RM7,777.77.


Selesai majlis ringkas, semua peserta program mula membuat bungkusan sahur dan kemudian bergerak ke Pusat Bandar untuk pengagihan kepada geladangan. Beberapa tempat telah dikenalpasti untuk diagihkan iaitu kawasan Jalan Melaka dan kawasan sekitar Pudu.

Aktiviti pengagihan selesai pada jam 3.30 pagi.

EduRiders@KL merakamkan ucapan terima kasih kepada semua members, alliance, supporter dan individu perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Galeri gambar:








Hari Pendidikan Khas SK Taman Maluri 2015

gnesop 3/12/2015 0

Pada Rabu lepas, telah berlangsung Hari Pendidikan Khas SK di SK Taman Maluri. Pihak EduRiders@KL telah dijemput untuk memeriahkan Hari Pendidikan Khas tersebut bersama dua lagi kelab permotoran iaitu VIKING dan Marl Coopers.

Semua bikers telah berkumpul di tempat RV yang dicadangkan iaitu Petronas TESCO Ampang bermula jam 7.30 pagi. Pada jam 8.30 pagi, bikers mula bergerak ke SK Taman Maluri. Kami telah dijamu dengan sarapan pagi oleh pihak sekolah.


Selepas taklimat ringkas dan ucapan oleh Guru Besar SK Taman Maluri, aktiviti menunggang bersama murid dimulakan. Setelah berbincang laluan yang akan digunakan, bikers mula membawa murid bersama majlis pelepasan menggunakan bendera oleh Guru Besar dan YDP PIBG SK Taman Maluri.


Aktiviti menunggang selesai setelah seua murid telah dibawa menaiki motosikal melalui kawasan yang disediakan.


Pada jam 11.30 pagi, Majlis Penutup Hari Pendidikan Khas SK Taman Maluri 2015 telah diadakan di dewan terbuka sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Guru Besar, Wakil EduRiders@KL dan Ketua Unit Pendidikan Khas sebagai perasmi program ini.

Terima kasih kepada semua ahli EduRiders@KL yang bersama-sama menjayakan program ini.

Galeri gambar: