Diari Kembara Jelajah Utara EduRiders@KL

gnesop 1/25/2014
Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Jelajah Utara EduRiders@KL telah berlangsung dengan jaya pada 17 hingga 19 Januari yang lepas. Jelajah Utara EduRiders@KL ini telah disertai oleh 32 orang dengan 25 buah motosikal pelbagai jenis.

Perjalanan Jelajah Utara EduRiders@KL telah bermula pada jam 7.30 pagi yang mana semua peserta berkumpul di Stesyen Minyak Shell Jalan Duta. Sarapan ringkas telah disediakan oleh EduRiders@KL.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Sebelum perjalanan bermula, taklimat ringkas telah diberikan oleh Pengerusi EduRiders@KL dan pada jam 8.30 pagi, kembara pun bermula.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Perjalanan Jelajah Utara EduRiders@KL berjalan dengan lancar. Beberapa telah tempat telah berhenti untuk minum pagi dan mengisi minyak. Peserta Jelajah Utara EduRiders@KL telah singgah makan tengah hari di rumah ahli EduRiders@KL di Gurun, Kedah. Terima kasih kepada ahli keluarga Faiz yang telah menaja makan tengah hari tersebut.

Selesai bersarapan dan solat, Jelajah Utara EduRiders@KL diteruskan menuju ke Perlis. Penginapan untuk hari pertama Jelajah Utara EduRiders@KL ialah di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Pada malamnya, peserta Jelajah Utara EduRiders@KL telah makan di Medan Selera Kuala Perlis yang terletak berhampiran dengan hotel.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Pada hari kedua, Jelajah Utara EduRiders@KL diteruskan dengan menuju ke Padang Besar bermula pada jam 10.00 pagi. Selesai singgah minum dan berehat, peserta Jelajah Utara EduRiders@KL meneruskan perjalanan Baling untuk menjamu selera di rumah keluarga ahli EduRiders@KL. Perjalanan agak perlahan apabila memasuki jalan biasa. Terima kasih kepada ahli keluarga Azman dan Nurul yang telah menyediakan makanan yang istimewa kepada peserta Jelajah Utara EduRiders@KL.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Setelah makan dan solat, Jelajah Utara EduRiders@KL diteruskan menuju ke Pulau Pinang. Penginapan untuk hari kedua Jelajah Utara EduRiders@KL ialah di Holiday Inn Resort, Batu Ferenggi, Pulau Pinang. Tiada aktiviti pada sebelah malam kecuali berehat.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Pada hari ketiga, Jelajah Utara EduRiders@KL diteruskan menuju ke Lumut, Perak selepas daftar keluar hotel pada jam 12.00 tengah hari. Perjalanan lancar dan peserta Jelajah Utara EduRiders@KL telah sampai di Lumut pada jam 5.00 petang.

Diari Jelajah Selatan EduRiders@KL

Selepas makan, berehat dan solat, peserta Jelajah Utara EduRiders@KL akhirnya bertolak kembali ke Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam. Check point terakhir peserta Jelajah Utara EduRiders@KL sebelum kembali ke destinasi masing-masing ialah di Hentian Tanjung Malim. Semua peserta tiba di checkpoint pada jam 12.00 malam.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Jelajah Selatan EduRiders@KL ini termasuk peserta, penaja dan mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.

Galeri penuh gambar, sila rujuk di sini

Artikel Terkait

Previous
Next Post »