Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL

12/24/2013
Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah berlangsung pada 17 - 19 Disember 2013 dengan disertai oleh 17 buah motosikal pelbagai jenis dengan penyertaan 20 orang. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ini telah diceriakan dengan ucapan selamat jalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas semua peserta telah berkumpul di warung stadium hoki.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Hentian Simpang Pulai

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah melalui laluan Kuala Lumpur- Ipoh- Gerik-Jeli- Tumpat- Kuala Terengganu-Kuantan- Temerloh- Kuala Lumpur.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Di Tasek Raban

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan berjalanan lancar. Beberapa destinasi ahli kembara telah berhenti untuk mengisi minyak, minum dan makan serta solat iaitu Hentian Simpang Pulai, Tasek Raban, Tasik Banding dan Bukit Titiwangsa.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Holiday Villa Kota Bharu
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL tiba dilokasi penginapan iaitu Holiday Villa Kota Bharu pada jam 6.00 petang.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
EduRiders@KL dan Kelantan Teacher Bikers
Pada sebelah malam, aktiviti Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan Perkongsian Amalan Terbaik EduRiders@KL dengan Pasir Mas Bikers/Kelantan Teachers Bikers di PPD Pasir Mas. Aktiviti ini merupakan dialog antara kelab permotoran untuk berkongsi infomasi dan maklumat untuk dijadikan rujukan dan amalan bersama selain mengeratkan hubungan antara penunggang.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Warung Nasi Kerabu Golok

Sebelum balik ke hotel, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah di kedai nasi kerabu untuk makan tengah malam.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Minum pag di Warung Kita
Aktiviti hari kedua Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum bertolak, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah untuk minum pagi di Warung Kita yang popular di Kota Bharu. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL berhenti di kedai motosikal apabila terdapat 2 buah motosikal peserta Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah pancit.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Singgah makan ikan celup tepung
Selesai semua urusan, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan ke Kuala Terengganu. Cuaca hujan sepanjang jalan dari Kota Bharu hingga Kuala Terengganu. Di Pantai Merang, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah berhenti untuk makan tengah hari dan ikan celup tepung sebelum meneruskan perjalanan ke Ri-Yaz Heritage Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyung. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL tiba dipenginapan ini pada jam 4.30 petang.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Majlis di Wisma Darul Iman
Pada sebelah malam, aktiviti Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan menyertai Majlis Penutup Kejohanan Kebangsaan MSKPP yang diadakan di Wisma Darul Iman. Selesai majlis tersebut, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ke Marang pula untuk menikmati lempeng dan air kelapa ais krim yang cukup popular di situ.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Sebelum berangkat pulang
Pada hari ketiga, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mendaftar keluar hotel pada jam 12.00 tengah hari. Sebelum berangkat, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL singgah terlebih dahulu di Pasar Payang untuk membeli buah tangan.

Diari Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL
Singgah makan jagung dan air tuak
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah makan tengah hari di Kuala Ibai dan seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL juga telah berhenti di Mercang untuk menikmati jagung serta air tuak dan kemudian singgah solat di Masjid Geliga, Kemaman. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL juga telah berhenti di gerai keropok sempadan Kemaman Kuantan.

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL seterusnya berhenti makan malam di Hentian Temerloh pada jam 9.00 malam.

Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah tamat di Tol Gombak pada jam 12.00 malam. Semua perjalanan kembara berjalan dengan lancar.

Tahniah kepada semua peserta Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL kerana telah berjaya mengharugi jelajah. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ini secara langsung dan tidak langsung.

Galeri gambar, sila layari http://www.flickr.com/photos/gnesop/tags/eduriderskl/

Artikel Terkait

Previous
Next Post »