Showing posts with label Ride. Show all posts
Showing posts with label Ride. Show all posts
Weekend Ride - 4 Oktober 2015
gnesop
Pada 4 Oktober 2015, Weekdend Ride EduRiders@KL telah disertai oleh 7 orang ahli. RV di tetapkan ialah di Stesyen Minyak Petron Jalan Kucing bermula pada jam 8.30 dan tayar golek bermula jam 9.00 pagi.
Ride telah melalui jalan Ulu Yam dan menuju ke Tanjung Malim. Destinasi yang dituju ialah Restoran Pau yang terkenal di Tanjung Malim.
Perjalanan lancar walaupun cuaca berjerebu sedikit. Malah kelihatan ramai juga bikers lain yang turut ride pada hari tersebut. Sampai di restoran, masing-masing membuat pesanan makanan. Selesai borak-borak, ride pulang melalui lebuhraya bermula jam 11.15 pagi.
Terima kasih kepada semua yang menyertai Weekend Ride ini.
Galeri gambar:
Weekend Ride - 23 Ogos 2015
gnesop
Pada hari Ahad 23 Ogos 2015, Eduriders@KL telah melaksanakan Weekend Ride iaitu ke Leman Toki, Bentong, Pahang. Weekend Ride EduRiders@KL ini telah dilaksanakan selepas Aidilfitri lepas. Weekend Ride merupakan program ride singkat untuk melepaskan gian untuk ride.
Ahli yang menyertai Weekend Ride telah berkumpul di Stesyen Minyak BHP Tol Gombak bermula jam 8.00 pagi. Tayar golek bermula pada jam 9.00 pagi menuju ke Lemang Toki 2. Weekend Ride kali ini disertai group Geng Bikers Kite-Kite.
Perjalanan lancar dengan cuaca yang baik. Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 9.30 pagi. Menikmati lemang Toki bersama rakan-rakan sangat menyeronokkan disamping melihat bikers-bikers yang tiba dengan pelbagai jenis model.
Selepas makan dan borak-borak, kami semua berangkat pulang. Hentian terakhir sebelum masing-masing kembali ke rumah ialah Plaza Tol Gombak. Weekend Ride kali ini selesai pada jam 11.00 pagi.
Ride yang ringkas tetapi cukup untuk melepaskan gian untuk ride :)
Galeri gambar:
Short Ride Before Ramadhan
gnesop

Assalam...
Short Ride Before Ramadhan telah diadakan untuk santai-santai sambil minum-minum pada 28 Jun 2014 menuju ke Genting Higland. Ahli yang menyertai Short Ride Before Ramadhan ini telah berkumpul di PETRON Jalan Kuching pada jam 1.30 hingga 2.00 petang. Tayar golek bermula pada jam 2.00 petang.
Tahniah kepada semua yang menyertai Short Ride Before Ramadhan ini.
Galeri gambar:
EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride
gnesop
Selamat sejahtera,
EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang cukup memuaskan. Dengan keadaan penunggangan yang berbeza tetapi matlamat masih sama iaitu untuk sampai ke destinasi. Tahniah kepada semua yang berjaya menyertai EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride ini.
Jarak perjalanan 150km pergi balik
Tarikh: 3 Mei 2014 (Sabtu)
Destinasi: Hutan Lipur Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
Masa RV: 7:30-8:00 pagi
Lokasi RV:
McDonald's Shell Jalan Cheras
Galeri gambar:
EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan yang cukup memuaskan. Dengan keadaan penunggangan yang berbeza tetapi matlamat masih sama iaitu untuk sampai ke destinasi. Tahniah kepada semua yang berjaya menyertai EduRiders@KL Kapchai Tour Pre-Ride ini.
Jarak perjalanan 150km pergi balik
Tarikh: 3 Mei 2014 (Sabtu)
Destinasi: Hutan Lipur Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
Masa RV: 7:30-8:00 pagi
Lokasi RV:
McDonald's Shell Jalan Cheras
Galeri gambar:
Jemputan Kapchai Tour Pre-Ride
gnesop
Adalah dimaklumkan bahawa EduRiders@KL akan mengadakan Kapchai Tour Pre-Ride seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 3 Mei 2014 (Sabtu)
Destinasi: Hutan Lipur Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
Masa RV: 7:30-8:00 pagi
Lokasi RV:
McDonald's Shell Jalan Cheras
Atur cara:
0800-0830: Kutipan sumbangan
0830-0930: Ride pergi
0930-1130: Lepak, makan, sembang
1130-1200: Packing up
1200-1300: Ride balik
(Jangkaan jarak perjalanan 150km pergi balik)
Semua yang terlibat dengan EduRiders@KL memiliki kapchai adalah dijemput untuk menyertai ride ini.
Dicadangkan kutipan sumbangan RM10 untuk pembelian jajan. Lebihan perbelanjaan dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam tabung EduRiders@KL.
Yang berminat untuk turut serta sila listkan nama didalam Group FB EduRiders@KL
Subscribe to:
Posts (Atom)
































