Weekend Ride - 23 Ogos 2015

gnesop 8/23/2015

Pada hari Ahad 23 Ogos 2015, Eduriders@KL telah melaksanakan Weekend Ride iaitu ke Leman Toki, Bentong, Pahang. Weekend Ride EduRiders@KL ini telah dilaksanakan selepas Aidilfitri lepas. Weekend Ride merupakan program ride singkat untuk melepaskan gian untuk ride.

Ahli yang menyertai Weekend Ride telah berkumpul di Stesyen Minyak BHP Tol Gombak bermula jam 8.00 pagi. Tayar golek bermula pada jam 9.00 pagi menuju ke Lemang Toki 2. Weekend Ride kali ini disertai group Geng Bikers Kite-Kite.


Perjalanan lancar dengan cuaca yang baik. Kami tiba di destinasi lebih kurang jam 9.30 pagi. Menikmati lemang Toki bersama rakan-rakan sangat menyeronokkan disamping melihat bikers-bikers yang tiba dengan pelbagai jenis model.


Selepas makan dan borak-borak, kami semua berangkat pulang. Hentian terakhir sebelum masing-masing kembali ke rumah ialah Plaza Tol Gombak. Weekend Ride kali ini selesai pada jam 11.00 pagi.

Ride yang ringkas tetapi cukup untuk melepaskan gian untuk ride :)

Galeri gambar:








Artikel Terkait

  • Kembara Tenggara EduRiders@KL Pada 15 - 16 Februari 2014 telah berlangsung Kembara Tenggara EduRiders@KL. Lokasi kembara ini ialah ke Desaru, Joho
  • Short Ride Before Ramadhan Assalam... Short Ride Before Ramadhan telah diadakan untuk santai-santai sambil minum-minum pada 28 Jun 2014 menuju k
  • Hari Pendidikan Khas SK Taman Maluri 2015 Pada Rabu lepas, telah berlangsung Hari Pendidikan Khas SK di SK Taman Maluri. Pihak EduRiders@KL telah dijemput unt
  • Eastern Tour Ride Program Kembara Bermotosikal EduRiders@KL MSKPPWPKL (Jangkaan jarak perjalanan 1217km) Tarikh: 17-19 Dis 2013 (S

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng