Pemilihan motor adalah penting untuk memastikan anda tidak tersilap beli. Pastikan jenis motor yang sesuai mengikut kehendak dan keperluan sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.
Berikut merupakan jenis-jenis motosikal yang terdapat dipasaran:
Jenis Sportbike merupakan jentera yang fokus kepada prestasi, pecutan, meleper dan kuasa. Pengguna motosikal jenis sportbike kelihatan lebih agresif dan kaki pecut. Bagi yang ingin memecut dan meleper, jenis sportbike paling sesuai untuk anda.
Jenis Naked merupakan motosikal jenis moden memberikan pemanduan lebih selesa dan kawalan lebih mudah tetapi berkuasa. Motosikal jenis Naked boleh memecut dan meleper tetapi tidak terlalu agresif. Pelanggaran angin kepada penunggang sangat kuat apabila membawa kelajuan tinggi. Jenis Naked sangat popular ketika ini. Bagi yang ingin santai dan kadang-kadang ingin meleper atau memecut, motosikal jenis Naked sangat sesuai untuk anda.
ADVENTURE TOURING merupakan jenis motosikal untuk perjalanan jauh dan merentasi pelbagai keadaan. Motosikal jenis Adventure Touring sangat selesa dan mantap. Ia mampu melalui jalan mencabar. Pemasangan kotak membolehkan pengguna membawa banyak peralatan yang diperlukan. Bagi yang gemar untuk perjalanan jauh dan lasak, jenis Adventure Touring sangat sesuai untuk anda.
Motosikal jenis Cruiser merupakan motosikal yang santai dan bergaya. Walaupun mempunyai kapasiti ingin yang besar tetapi ia tidak sesuai untuk pecutan dan meleper. Jenis Cruiser ini biasanya rendah dan kedudukan badan penunggang sangat selesa. Jika dulu mereka yang berumur suka jenis ini tetapi sekarang tidak lagi. Golongan muda turut gemar dengan jenis Cruiser ini kerana gayanya mempunyai tarikan yang tersendiri.
Motosikal jenis Touring dicipta khas untuk perjalanan jauh. Motosikal jenis ini biasanya berkuasa dan selesa. Ia menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengguna seperti kotak barangan,stereo, air beg dan sebagainya. Jenis Touring tidak sesuai untuk di bawa dalam kawasan lasak dan pusat bandar untuk santai kerana saiz yang besar serta kawalan agak sukar. Bagi yang ini merentasi lebuhraya yang beribu-ribu batu, jenis Touring sangat sesuai untuk anda.
Terdapat banyak jenis lagi motosikal yang terdapat dipasaran. Namun begitu, jenis di atas banyak menjadi pilihan kepada pengguna. Sebelum memilih jenis motosikal yang dikehendaki, pastikan anda jelas tujuan dan minat dalam dunia permotoran.
Setelah pilih jenis motosikal yang diperlukan, pastikan anda rujuk jenama motosikal berkenaan. Setiap jenama mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Apa jenis motosikal ke gerakan anda?
EmoticonEmoticon