Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah berlangsung pada 17 - 19 Disember 2013 dengan disertai oleh 17 buah motosikal pelbagai jenis dengan penyertaan 20 orang. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ini telah diceriakan dengan ucapan selamat jalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas semua peserta telah berkumpul di warung stadium hoki.
|
Hentian Simpang Pulai |
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah melalui laluan Kuala Lumpur- Ipoh- Gerik-Jeli- Tumpat- Kuala Terengganu-Kuantan- Temerloh- Kuala Lumpur.
|
Di Tasek Raban |
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan berjalanan lancar. Beberapa destinasi ahli kembara telah berhenti untuk mengisi minyak, minum dan makan serta solat iaitu Hentian Simpang Pulai, Tasek Raban, Tasik Banding dan Bukit Titiwangsa.
|
Holiday Villa Kota Bharu |
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL tiba dilokasi penginapan iaitu Holiday Villa Kota Bharu pada jam 6.00 petang.
|
EduRiders@KL dan Kelantan Teacher Bikers |
Pada sebelah malam, aktiviti Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan Perkongsian Amalan Terbaik EduRiders@KL dengan Pasir Mas Bikers/Kelantan Teachers Bikers di PPD Pasir Mas. Aktiviti ini merupakan dialog antara kelab permotoran untuk berkongsi infomasi dan maklumat untuk dijadikan rujukan dan amalan bersama selain mengeratkan hubungan antara penunggang.
|
Warung Nasi Kerabu Golok |
Sebelum balik ke hotel, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah di kedai nasi kerabu untuk makan tengah malam.
|
Minum pag di Warung Kita |
Aktiviti hari kedua Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum bertolak, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah untuk minum pagi di Warung Kita yang popular di Kota Bharu. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL berhenti di kedai motosikal apabila terdapat 2 buah motosikal peserta Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah pancit.
|
Singgah makan ikan celup tepung |
Selesai semua urusan, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan ke Kuala Terengganu. Cuaca hujan sepanjang jalan dari Kota Bharu hingga Kuala Terengganu. Di Pantai Merang, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah berhenti untuk makan tengah hari dan ikan celup tepung sebelum meneruskan perjalanan ke Ri-Yaz Heritage Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyung. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL tiba dipenginapan ini pada jam 4.30 petang.
|
Majlis di Wisma Darul Iman |
Pada sebelah malam, aktiviti Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL diteruskan dengan menyertai Majlis Penutup Kejohanan Kebangsaan MSKPP yang diadakan di Wisma Darul Iman. Selesai majlis tersebut, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ke Marang pula untuk menikmati lempeng dan air kelapa ais krim yang cukup popular di situ.
|
Sebelum berangkat pulang |
Pada hari ketiga, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mendaftar keluar hotel pada jam 12.00 tengah hari. Sebelum berangkat, Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL singgah terlebih dahulu di Pasar Payang untuk membeli buah tangan.
|
Singgah makan jagung dan air tuak |
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah singgah makan tengah hari di Kuala Ibai dan seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL juga telah berhenti di Mercang untuk menikmati jagung serta air tuak dan kemudian singgah solat di Masjid Geliga, Kemaman. Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL juga telah berhenti di gerai keropok sempadan Kemaman Kuantan.
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL seterusnya berhenti makan malam di Hentian Temerloh pada jam 9.00 malam.
Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL telah tamat di Tol Gombak pada jam 12.00 malam. Semua perjalanan kembara berjalan dengan lancar.
Tahniah kepada semua peserta Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL kerana telah berjaya mengharugi jelajah. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kembara Jelajah Timur EduRiders@KL ini secara langsung dan tidak langsung.
Galeri gambar, sila layari
http://www.flickr.com/photos/gnesop/tags/eduriderskl/
EmoticonEmoticon